Bentuk Kubah Berwarna Maroon
Melambangkan identiti Islam serta peranan yayasan sebagai pelindung dan penaung kepada golongan muallaf.
Kaligrafi Arab (Muallaf)
Menunjukkan nilai keagamaan dan spiritual sebagai asas kepada program dan tadbir urus yayasan.
Buku Terbuka
Simbol pendidikan, ilmu dan pencerahan, selaras dengan objektif Yayasan membimbing muallaf melalui pengajian dan pembelajaran.
Garisan V Berwarna Emas
Melambangkan bimbingan, sokongan dan harapan masa depan yang lebih baik bagi muallaf.
Gading Bersilang
Menggambarkan asas yang kukuh melalui kerjasama pelbagai organisasi.
Tulisan Rumi dan Jawi
Menegaskan identiti rasmi yayasan sebagai institusi kebajikan dan pendidikan muallaf serta melambangkan warisan Islam dan tradisi Melayu.
Logo ini secara keseluruhan menggambarkan peranan yayasan dalam menyediakan pendidikan, perlindungan dan kebajikan kepada muallaf berasaskan nilai ilmu, tadbir urus yang kukuh dan semangat keagamaan.
Menjadi organisasi terbaik dalam menyantuni, membimbing dan membangunkan muallaf.
32 AF (Tingkat 1) & 32 AS (Tingkat 2),
Putra Business Centre,
Lorong Bandar Putra 7/1,
26060 Kuantan Pahang.
Tel : +09 566 6600
Email: ykpmmuallaf@gmail.com
© 2026 Yayasan Kebajikan Muallaf Pahang. Hak Cipta Terpelihara.
Segala kandungan, bahan penerbitan, logo, grafik dan maklumat di laman web ini adalah milik Yayasan Kebajikan Muallaf Pahang kecuali dinyatakan sebaliknya. Sebarang penggunaan semula, salinan atau penerbitan semula tanpa kebenaran bertulis adalah tidak dibenarkan.
Penafian:
Maklumat yang dipaparkan adalah untuk tujuan umum dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Yayasan Kebajikan Muallaf Pahang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan hasil penggunaan maklumat daripada laman web ini.
Polisi Privasi:
Segala maklumat peribadi yang dikemukakan melalui laman web ini akan dilindungi dan digunakan hanya bagi tujuan pengurusan serta komunikasi rasmi yayasan.