A

LATAR BELAKANG YKPM

Mengenai YKPM

Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Muallaf Negeri Pahang (YKPM) ditubuhkan secara rasmi pada 25 Jun 2025 sebagai sebuah badan amanah yang berfokus penuh untuk menyantuni dan membangunkan komuniti saudara baru (muallaf) di Negeri Pahang.

Penubuhannya adalah manifestasi keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang terhadap keperluan golongan muallaf yang memerlukan sokongan khusus, terutamanya dalam fasa awal pengislaman mereka.

YKPM ditubuhkan untuk membantu golongan muallaf secara holistik, merangkumi aspek kebajikan, pendidikan, bimbingan rohani serta pembangunan ekonomi. Sebagai sebuah organisasi baharu, YKPM berfungsi sebagai entiti pelaksana yang proaktif, menguruskan dana yang disalurkan terutamanya daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui agihan zakat. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan para muallaf mampu berdikari dan menjadi sebahagian daripada masyarakat yang berdaya saing 

Scroll to Top