Majlis Apresiasi Pendakwah MUIP telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pendakwah atas sumbangan dan komitmen mereka. Majlis ini turut menjadi ruang mengeratkan silaturahim sesama pendakwah. Justeru, penganjuran majlis ini diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi untuk terus istiqamah dalam medan dakwah.

