BENGKEL PEMURNIAN MODUL AKHLAK MUALLAF

Alhamdulillah, Bengkel Pemurnian Modul Akhlak Muallaf telah berlangsung pada 21 Oktober 2026 bertempat di Kosma Business Hotel, Kuantan.

Bengkel ini menghimpunkan tetamu jemputan serta ahli panel daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), UCYP University dan UNIQSAAS bagi bersama-sama meneliti dan memurnikan kandungan Modul Akhlak Muallaf.

Turut hadir ialah YH Datoโ€™ Haji Abdul Zaki, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), serta Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Ali bin Mat Dasir, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Diharapkan usaha ini dapat memperkukuh kandungan modul agar lebih tersusun, relevan dan sesuai dijadikan panduan dalam membimbing serta membentuk akhlak muallaf, selaras dengan keperluan pendidikan dan pembangunan sahsiah mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu, ahli panel serta pihak yang terlibat atas perkongsian ilmu, pandangan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan bengkel ini. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat kepada pembangunan muallaf.

YAMU โ€“ MEMARTABATKAN MUALLAF ๐Ÿ’š

#YAMU#BengkelPemurnianModulAkhlakMuallaf#PendidikanMuallaf#PembangunanMuallaf#MUIP#JAIP#UCYP#UNIQSAAS#MemartabatkanMuallaf

Scroll to Top