PROGRAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN ORANG ASLI

Alhamdulillah, Program Transformasi Pendidikan Orang Asli telah berlangsung pada 23 hingga 29 Oktober 2026 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

Program ini merupakan satu inisiatif kerjasama pelbagai pihak dalam memperkasa bidang pendidikan masyarakat Orang Asli melalui usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta pendekatan pendidikan yang lebih berkesan dan bersesuaian dengan keperluan komuniti.

Program ini dianjurkan bersama oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Pelaksanaan program turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Muallaf Negeri Pahang (YAMU), Kampung Mizan Research Centre serta Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan tajaan daripada FGV.

Semoga program ini menjadi platform yang bermakna dalam memperkukuh jaringan kerjasama, berkongsi kepakaran serta membuka ruang kepada usaha transformasi pendidikan yang lebih inklusif dan berimpak kepada masyarakat Orang Asli.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak penganjur, rakan kerjasama, penaja serta peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

YAMU – MEMARTABATKAN MUALLAF 💚

#YAMU#ProgramTransformasiPendidikanOrangAsli#PendidikanOrangAsli#USIM#IPGM#MUIP#FGV#PendidikanInklusif#MemartabatkanMuallaf

Scroll to Top