PROGRAM MYHIJRAH: PEMERKASAAN EKOSISTEM PENGURUSAN MUALLAF

📚✨ PROGRAM MYHIJRAH: PEMERKASAAN EKOSISTEM PENGURUSAN MUALLAF ✨📚

📅 10–11 Oktober 2026 (Sabtu & Ahad)

Alhamdulillah, Program MyHijrah: Pemerkasaan Ekosistem Pengurusan Muallaf merupakan satu inisiatif bagi memperkasa individu yang terlibat secara langsung dalam bimbingan, pendidikan agama dan pembangunan komuniti muallaf.

Peranan guru, pembimbing dan penggerak muallaf amat penting dalam membantu saudara baharu memahami serta menghayati ajaran Islam. Bimbingan yang berkesan bukan sahaja membina kefahaman agama, malah membantu muallaf membentuk kehidupan sebagai Muslim yang lebih yakin, sejahtera dan berdaya maju. 🤲🏻💚

Justeru, pengukuhan ilmu, peningkatan kemahiran serta pembangunan kapasiti secara berterusan amat diperlukan bagi memastikan bimbingan yang diberikan lebih berkesan, tersusun dan menyeluruh.

Semoga program ini menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, memperkukuh kerjasama serta meningkatkan keupayaan semua pihak dalam usaha memperkasa pengurusan dan pembangunan muallaf.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada MyGuide Malaysia selaku rakan strategik atas jalinan kerjasama dalam menjayakan usaha murni ini.

Bersama-sama kita memperkukuh ekosistem pengurusan muallaf demi masa depan yang lebih baik. 🌟

“MEMARTABATKAN MUALLAF” 💚

#YAMU#MyHijrah2026#MyGuideMalaysia#PemerkasaanMuallaf#PengurusanMuallaf#PendidikanMuallaf#BimbinganMuallaf#PembangunanMuallaf#MemartabatkanMuallaf

Scroll to Top