LAWATAN MAHABBAH KE KAMPUNG ORANG ASLI ALOR BERUANG, SUNGAI SOI

Alhamdulillah, Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Muallaf Negeri Pahang (YAMU) telah mengadakan Lawatan Mahabbah ke Kampung Orang Asli Alor Beruang, Sungai Soi pada 1 November 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Kampung Orang Asli Alor Beruang, Sungai Soi, Kuantan.

Lawatan ini melibatkan penyertaan wakil Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), PETAMA, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), Daie YAMU serta kepimpinan masyarakat setempat.

Antara pengisian utama lawatan adalah sesi perbincangan dan perkongsian bagi mendapatkan gambaran mengenai keadaan semasa komuniti, di samping mengenal pasti keperluan serta permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di kampung tersebut.

Lawatan ini turut bertujuan meninjau potensi Kampung Orang Asli Alor Beruang sebagai Kampung Angkat YAMU, melalui perancangan pelaksanaan program dakwah, kebajikan, pendidikan dan pembangunan komuniti secara berterusan.

Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat serta membuka ruang kepada usaha pembangunan komuniti yang lebih tersusun, menyeluruh dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta sambutan baik sepanjang lawatan ini berlangsung.

YAMU – MEMARTABATKAN MUALLAF 💚

#YAMU#LawatanMahabbah#AlorBeruang#SungaiSoi#OrangAsli#KampungAngkatYAMU#PembangunanKomuniti#Dakwah#Kebajikan#MemartabatkanMuallaf

Scroll to Top