KEM KECEMERLANGAN SPM PELAJAR ORANG ASLI SIRI 4/2026

Hari Pertama | 16 Oktober 2026 (Jumaat)

πŸ“ Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung hari pertama Kem Kecemerlangan SPM Pelajar Orang Asli Siri 4/2026 pada 16 Oktober 2026 bertempat di Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan.

🧠 Slot 1: Mind Setting

Program dimulakan dengan slot Mind Setting bersama Pok Nik, yang memberi ruang kepada para pelajar untuk membina pemikiran positif, meningkatkan keyakinan diri serta mempersiapkan mental dalam menghadapi cabaran SPM 2026.

πŸŒ™ Tazkirah Maghrib

Seterusnya, para pelajar mengikuti tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Sheikh Mohd Firdausi sebagai pengisian kerohanian untuk menyemai nilai-nilai murni dan memperkukuh jati diri.

πŸ“š Slot Akademik 1: Bahasa Melayu

Hari pertama diteruskan dengan slot akademik pertama, iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu bersama Puan Kamriah. Sesi ini bertujuan membantu para pelajar memperkukuh pemahaman dan membuat persediaan lebih baik bagi menghadapi peperiksaan SPM 2026.

Hari Kedua | 17 Oktober 2026 (Sabtu)

πŸ“ Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan

Alhamdulillah, hari kedua Kem Kecemerlangan SPM Pelajar Orang Asli Siri 4/2026 diteruskan dengan pelbagai pengisian akademik dan kerohanian bagi membantu para pelajar membuat persediaan menghadapi SPM 2026.

πŸ“– Slot Akademik 1: Sejarah

Hari dimulakan dengan sesi mata pelajaran Sejarah bersama Encik Muhammad Hanif, bagi memperkukuh pemahaman dan pengetahuan para pelajar dalam subjek tersebut.

πŸ‡¬πŸ‡§ Slot Akademik 2: Bahasa Inggeris

Seterusnya, para pelajar mengikuti sesi Bahasa Inggeris bersama Puan Faith untuk meningkatkan penguasaan bahasa serta membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

πŸŒ™ Slot 3: Tazkirah Maghrib

Pada sebelah malam, para pelajar mengikuti tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Dr. Haji Mohd Saleh sebagai pengisian kerohanian dalam membentuk sahsiah diri dan menyemai nilai-nilai murni.

βž— Slot Akademik 3: Matematik

Hari kedua diteruskan dengan sesi akademik terakhir, iaitu mata pelajaran Matematik, bagi membantu para pelajar mengukuhkan pemahaman dan meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan peperiksaan.

Hari Ketiga | 18 Oktober 2026 (Ahad)

πŸ“ Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan

Alhamdulillah, hari terakhir Kem Kecemerlangan SPM Pelajar Orang Asli Siri 4/2026 berlangsung dengan jayanya, diserikan dengan pengisian akademik, perkongsian ilmu serta majlis penutup sebagai tanda berakhirnya program.

βž— Slot Akademik: Matematik

Hari dimulakan dengan sesi mata pelajaran Matematik bersama Encik Abdullah bagi membantu para pelajar memperkukuh pemahaman serta meningkatkan keyakinan dalam membuat persediaan menghadapi SPM 2026.

πŸŽ“ Slot Perkongsian daripada UNIQSAAS

Seterusnya, para pelajar mengikuti slot perkongsian daripada UNIQSAAS yang memberikan pendedahan dan perkongsian bermanfaat sebagai panduan dalam merancang masa depan serta meneroka peluang pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

πŸ† Majlis Penutup

Kem diteruskan dengan Majlis Penutup Kem Kecemerlangan SPM Pelajar Orang Asli 2026, sebagai simbolik berakhirnya program yang telah berlangsung selama tiga hari.

Majlis penutup ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YAMU, YH Tok Muda Dato’ Dr. Haji Zulkifle, wakil pensyarah UNIQSAAS, Encik Safuan, KPP Pendidikan JAIP, Ustaz Zaidi, Pengerusi Masjid Temerloh Jaya, YH Dato’ Dr. Haji Abdullah, serta Pensyarah Kanan IAB, Ustaz Azhan.

Turut hadir ialah pengetua-pengetua SMAN, Pengurus PETAMA, guru-guru pakar pembimbing, guru-guru pengiring, Daie YAMU, para pelajar kem serta urus setia yang bersama-sama menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jemputan, tenaga pengajar, rakan kerjasama dan pihak yang terlibat atas kehadiran, komitmen serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan Kem Kecemerlangan SPM Pelajar Orang Asli Siri 4/2026.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan motivasi yang diperoleh sepanjang kem menjadi bekalan berharga buat para pelajar untuk terus berusaha, berdoa dan mencapai kecemerlangan dalam SPM 2026. πŸ’ͺπŸ“šβœ¨

🌟 β€œUsaha Hari Ini, Kejayaan Esok.” 🌟

“MEMARTABATKAN MUALLAF” πŸ’š

#YAMU#KemKecemerlanganSPM#SPM2026#PelajarOrangAsli#Siri42026#UNIQSAAS#Pendidikan#MotivasiPelajar#MemartabatkanMuallaf

Scroll to Top