Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Kecemerlangan SPM Pelajar Orang Asli Siri 1/2026 pada 7 hingga 9 Ogos 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands.
Kem ini disertai oleh 13 orang pelajar SPM daripada komuniti Orang Asli sebagai persediaan menghadapi SPM 2026. Program ini menjadi platform untuk para pelajar menambah ilmu pengetahuan, memperkukuhkan motivasi serta membina keyakinan diri dalam menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang.
Turut dijemput sebagai penceramah khas sesi motivasi, Nur Dalilah Binti Abdul Malik, bekas pelajar cemerlang Orang Asli SPM 2023. Perkongsian pengalaman dan kata-kata motivasi beliau diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan kem ini. Segala ilmu, bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam membantu anak-anak SPM ini membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi bekalan berharga serta membakar semangat para pelajar untuk terus berusaha, berdoa dan mencapai kejayaan dalam SPM 2026. ![]()
![]()
“Usaha Hari Ini, Kejayaan Esok.” ![]()
“MEMARTABATKAN MUALLAF”

