Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Terjemahan Modul Fiqh Muallaf Siri 3/2026 pada 22 hingga 23 Ogos 2026 bertempat di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur.
Bengkel ini merupakan salah satu usaha Yayasan Kebajikan & Pendidikan Muallaf (YAMU) dalam memperkasakan bahan pendidikan dan bimbingan agama khusus untuk komuniti muallaf. Melalui proses penterjemahan dan penambahbaikan modul, diharapkan kandungan ilmu fiqh dapat disampaikan dengan lebih jelas, mudah difahami dan bersesuaian dengan keperluan para muallaf.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat menghasilkan modul yang berkualiti serta menjadi rujukan yang bermanfaat dalam membantu para muallaf memahami dan menghayati ajaran Islam dengan lebih baik.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
“MEMARTABATKAN MUALLAF”

