KURSUS ASAS BIMBINGAN FARDHU AIN MUALLAF KAUM CINA, SABAH & SARAWAK SIRI 1/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Kursus Asas Bimbingan Fardhu Ain Muallaf Kaum Cina, Sabah & Sarawak Siri 1/2026 pada 14 hingga 16 Ogos 2026 bertempat di Hotel Darul Makmur, Jerantut.

Seramai 12 orang peserta telah menyertai kursus ini sebagai usaha untuk memperkukuh pengetahuan, kefahaman dan penghayatan mereka terhadap ajaran Islam, khususnya berkaitan asas-asas fardhu ain.

Kursus ini turut menjadi platform untuk para peserta menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta mempereratkan ukhuwah sesama saudara baharu daripada pelbagai latar belakang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah jemputan yang telah meluangkan masa untuk berkongsi ilmu, membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada para peserta sepanjang kursus berlangsung.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian serta menjadi panduan dalam memperkukuhkan iman dan istiqamah sebagai seorang Muslim.

“MEMARTABATKAN MUALLAF”

Scroll to Top