Alhamdulillah, pada 28 hingga 30 Julai 2026 yang lalu, telah berlangsung Kursus Muallaf Journey bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi.
Program ini menghimpunkan para peserta dalam satu platform pembelajaran yang memberi penekanan kepada pengukuhan akidah, penghayatan ajaran Islam serta pembangunan sahsiah diri sebagai seorang Muslim. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta turut didedahkan dengan pelbagai perkongsian ilmu, bimbingan dan aktiviti yang dapat meningkatkan kefahaman serta keyakinan dalam mengamalkan ajaran Islam.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan pengisian yang diperoleh sepanjang kursus ini menjadi panduan yang bermanfaat serta menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti muallaf yang lebih berilmu, istiqamah dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.
“MEMARTABATKAN MUALLAF” ![]()

