Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Kecemerlangan SPM Pelajar Orang Asli Siri 2/2026 pada 28 hingga 30 Ogos 2026 bertempat di Hotel Mega View, Kuantan.
Kem ini merupakan salah satu usaha dalam membantu para pelajar Orang Asli membuat persediaan menghadapi SPM 2026 melalui pengisian akademik, motivasi dan aktiviti pembangunan diri.
Program ini turut menjadi platform untuk meningkatkan keyakinan diri, membina semangat serta memupuk sikap positif dalam kalangan para pelajar agar lebih bersedia menghadapi cabaran peperiksaan dan seterusnya melangkah ke alam pendidikan yang lebih tinggi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak, khususnya guru-guru dan tenaga pengajar yang telah memberikan komitmen, bimbingan serta ilmu kepada para pelajar sepanjang kem berlangsung.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga serta membakar semangat para pelajar untuk terus berusaha, berdoa dan mencapai kecemerlangan dalam SPM 2026. ![]()
![]()
“Usaha Hari Ini, Kejayaan Esok.” ![]()
“MEMARTABATKAN MUALLAF”

