KEM KECEMERLANGAN SPM PELAJAR ORANG ASLI SIRI 3/2026

Hari Pertama | 25 September 2026

πŸ“ Hotel Seri Malaysia, Temerloh

Alhamdulillah, telah berlangsung hari pertama Kem Kecemerlangan SPM Pelajar Orang Asli Fasa 3/2026 pada 25 September 2026 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Temerloh.

Hari pertama dimulakan dengan ketibaan para peserta sebelum mereka mengikuti sesi ice breaking bersama salah seorang Daie Yayasan Kebajikan & Pendidikan Muallaf (YAMU), Ustaz Nik Mohd Azam. Sesi ini menjadi ruang untuk para pelajar berkenalan, membina keyakinan diri serta mewujudkan suasana kem yang lebih ceria dan positif. 🀝✨

Seterusnya, para peserta turut mengikuti ceramah Maghrib yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Abdullah, yang juga merupakan Daie YAMU. Pengisian ini memberikan ruang kepada para pelajar untuk menimba ilmu serta mendapatkan penghayatan dan motivasi sebagai persediaan sepanjang mengikuti kem.

Sebelum hari pertama melabuhkan tirai, kem diteruskan dengan slot pertama iaitu Pendidikan Syariah Islam (PSI) yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Amin dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang. πŸ“–πŸŒ™

Turut bersama membantu sepanjang program ialah guru-guru pengiring yang hadir bagi memberikan sokongan, bimbingan dan memastikan kebajikan para pelajar sepanjang kem berlangsung.

Hari Kedua | 26 September 2026

πŸ“ Hotel Seri Malaysia, Temerloh

Alhamdulillah, hari kedua kem diteruskan dengan pelbagai pengisian akademik, kerohanian dan aktiviti santai yang bermanfaat buat para pelajar.

πŸŒ… Solat Subuh Berjemaah

Hari dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Temerloh Jaya, Temerloh, diikuti ceramah pagi oleh Ustaz Mohd Nik Azam.

πŸ“– Sesi Akademik

Sesi pagi diteruskan dengan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islam (PSI) bersama Ustaz Mohd Amin. Pada waktu tengah hari hingga petang pula, para pelajar mengikuti sesi Bahasa Melayu bersama Ummi Kamriah sebagai persediaan menghadapi SPM 2026.

🚀 Aktiviti Santai

Pada sebelah petang, para pelajar berpeluang mengikuti aktiviti menaiki bot di Esplanade Temerloh, sebagai ruang untuk berehat, mengeratkan ukhuwah dan mencipta pengalaman bermakna sepanjang kem.

πŸŒ™ Tazkirah Maghrib

Pada sebelah malam, para pelajar mengikuti tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Haji Abdullah bin Ismail dan Ustaz Mohd Nik Azam.

πŸ“œ Sesi Sejarah

Hari kedua diakhiri dengan sesi Sejarah bersama Ustaz Muhammad Wafi sebagai pengisian akademik terakhir bagi hari tersebut.

Hari Ketiga | 27 September 2026

πŸ“ Hotel Seri Malaysia, Temerloh

Alhamdulillah, hari terakhir Kem Kecemerlangan SPM Pelajar Orang Asli Siri 3/2026 berlangsung dengan penuh bermakna, diisi dengan pengisian akademik, kerohanian serta majlis penutup.

πŸŒ… Solat Subuh Berjemaah

Hari dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah di Masjid Temerloh Jaya sebelum para pelajar meneruskan aktiviti kem.

πŸ“– Sambungan Sesi Sejarah

Sesi pagi diteruskan dengan mata pelajaran Sejarah bersama Ustaz Muhammad Wafi sebagai pengisian akademik terakhir sebelum majlis penutup.

πŸŽ“ Majlis Penutup

Majlis penutup diserikan dengan kata-kata aluan oleh Dato’ Dr. Abdullah, selaku Daie YAMU, diikuti ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif YAMU, Tok Muda Dato’ Dr. Haji Zulkifle yang menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada para pelajar.

Turut diadakan penyampaian sijil penyertaan kepada semua pelajar sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka sepanjang kem berlangsung.

Cenderahati turut disampaikan kepada Ustaz Muhammad Wafi sebagai tanda penghargaan atas ilmu, bimbingan dan komitmen beliau dalam mengajar serta membimbing para pelajar sepanjang sesi Sejarah. πŸŽπŸ“š

πŸ“Έ Sesi Bergambar

Hari terakhir kem diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan dan tanda ukhuwah antara para pelajar, guru-guru pengiring, tenaga pengajar serta semua pihak yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan sepanjang kem berlangsung.

Turut memberikan sokongan sepanjang program ialah guru-guru pengiring yang sentiasa membantu dan membimbing para pelajar.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus berusaha, meningkatkan keyakinan diri dan mencapai kecemerlangan dalam SPM 2026. πŸ’ͺπŸ“š

🌟 β€œUsaha Hari Ini, Kejayaan Esok.” 🌟

“MEMARTABATKAN MUALLAF” πŸ’š

#YAMU#KemKecemerlanganSPM#SPM2026#PelajarOrangAsli#Siri32026#Pendidikan#PendidikanSyariahIslam#MotivasiPelajar#MemartabatkanMuallaf

Scroll to Top