Alhamdulillah, telah berlangsung Kunjung Hormat oleh ITTIZAN pada 17 November 2026 (Selasa), jam 11.30 pagi bertempat di Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Muallaf (YAMU).
Kunjungan ini menjadi satu platform untuk mengeratkan silaturahim, bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman berkaitan usaha dan inisiatif dalam pembangunan serta kebajikan komuniti muallaf.
Semoga pertemuan ini membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada komuniti muallaf secara menyeluruh.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak ITTIZAN atas kesudian mengadakan kunjung hormat ini.
“MEMARTABATKAN MUALLAF” ![]()
#YAMU#ITTIZAN#KunjungHormat#KerjasamaStrategik#PembangunanMuallaf#MemartabatkanMuallaf

