Alhamdulillah, Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Muallaf Negeri Pahang (YAMU) telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah ke Kampung Bantal, Jerantut pada 12 November 2026.
Program ini merupakan salah satu usaha YAMU untuk mendekati komuniti setempat, menjalinkan hubungan silaturahim serta mengenali dengan lebih dekat latar belakang dan kehidupan masyarakat di Kampung Bantal.
Melalui kunjungan ini, pihak YAMU turut berpeluang mendapatkan gambaran mengenai keadaan semasa kampung, di samping mengenal pasti keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh komuniti setempat. Perkongsian dan maklumat yang diperoleh akan menjadi panduan kepada YAMU dalam merancang pendekatan kebajikan dan pendidikan yang bersesuaian bagi pembangunan kampung angkat pada masa akan datang.
Lawatan ini juga memberikan pendedahan kepada pihak YAMU tentang keadaan serta keperluan komuniti, sebagai langkah awal dalam mengenal pasti potensi dan perancangan pelaksanaan program secara berterusan.
Semoga usaha ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat serta membuka ruang kepada inisiatif pembangunan komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat Kampung Bantal.
Menyantuni Komuniti, Memperkasa Kebajikan dan Pendidikan. ![]()
YAMU – MEMARTABATKAN MUALLAF
#YAMU#ZiarahMahabbah#KampungBantal#Jerantut#PembangunanKomuniti#Kebajikan#Pendidikan#MemartabatkanMuallaf

