ZIARAH MAHABBAH KE KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI KUCING, JERANTUT

Alhamdulillah, Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Muallaf Negeri Pahang (YAMU) telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah ke Kampung Orang Asli Sungai Kucing, Ulu Tembeling, Jerantut pada 13 November 2026.

Program ini merupakan salah satu usaha YAMU untuk mendekati komuniti masyarakat Orang Asli, menjalinkan hubungan silaturahim serta mengenali dengan lebih dekat latar belakang dan kehidupan penduduk setempat.

Melalui kunjungan ini, pihak YAMU berpeluang mendapatkan gambaran mengenai keadaan semasa komuniti, di samping mengenal pasti keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung. Maklumat yang diperoleh akan menjadi panduan dalam merancang pendekatan kebajikan dan pendidikan yang bersesuaian bagi pembangunan kampung angkat pada masa akan datang.

Lawatan ini turut memberikan pendedahan kepada pihak YAMU tentang keadaan serta keperluan komuniti sebagai langkah awal dalam mengenal pasti potensi kampung yang bakal dipilih sebagai Kampung Angkat YAMU.

Semoga kunjungan ini menjadi permulaan kepada hubungan yang lebih erat serta membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif dakwah, kebajikan, pendidikan dan pembangunan komuniti secara berterusan.

Menyantuni Komuniti, Memperkasa Kebajikan dan Pendidikan. 💚

YAMU – MEMARTABATKAN MUALLAF

#YAMU#ZiarahMahabbah#SungaiKucing#UluTembeling#Jerantut#MasyarakatOrangAsli#KampungAngkatYAMU#PembangunanKomuniti#MemartabatkanMuallaf

Scroll to Top