KORBAN KASIH MUALLAF 1447H

Berlangsung program Korban Kasih Muallaf sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bertempat di Masjid Darul Hikmah.

Program ini bertujuan menyantuni golongan muallaf serta masyarakat setempat melalui pelaksanaan ibadah korban secara berjemaah dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan. 🤝🐄

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Muallaf (YKPM), YH Tok Muda Dato’ Dr. Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz turut mengagihkan daging korban kepada para muallaf bagi membantu meringankan beban serta berkongsi nikmat Aidiladha bersama komuniti setempat. 💚

Semoga usaha ibadah korban dan pengagihan daging korban ini dapat memberikan manfaat serta mengeratkan ukhuwah dalam komuniti. 🌸

“Memartabatkan Muallaf”

Scroll to Top