Yayasan Kebajikan & Pendidikan Muallaf Negeri Pahang (YKPM) telah menyalurkan Bantuan Awal Pendidikan kepada adik Shazrihana Alya sebagai usaha memperkasa muallaf dan keluarga khususnya dalam bidang pendidikan.
Pelajar cemerlang SPM yang memperolehi 7A ini, telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif YKPM bagi membantu meringankan beban kewangan serta memberi semangat kepada keluarga Encik Muhammad Aidil Azroy dalam memastikan cita-cita dan impian anaknya tercapai.
Tok Muda Dato’ Dr. Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz turut menitipkan pesan agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya seterusnya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan serta pembangunan diri dan keluarga pada masa hadapan.
“Memartabatkan Muallaf”

