Alhamdulillah, pada 16 Julai 2026 yang lalu, telah berlangsung Kunjung Hormat ke Bahagian Pembangunan Muallaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta menjalinkan kerjasama dalam memperkasakan pembangunan komuniti muallaf.
Kunjungan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan program kebajikan, pendidikan, bimbingan serta pembangunan sosioekonomi muallaf. Di samping itu, sesi ini turut membuka ruang perbincangan bagi meneroka amalan terbaik yang dapat dimanfaatkan dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada komuniti muallaf.
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua institusi serta menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang lebih berimpak demi memperkasa dan memartabatkan komuniti muallaf di Malaysia.
“MEMARTABATKAN MUALLAF” ![]()

