Alhamdulillah, pada 16 Julai 2026 yang lalu, telah berlangsung Kunjung Hormat ke Kompleks Darul Hidayah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam pembangunan dan kebajikan komuniti muallaf.
Kunjungan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan pelbagai inisiatif yang dapat memperkasakan program bimbingan, pendidikan dan kebajikan muallaf secara lebih menyeluruh.
Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua institusi dalam memperkasa agenda dakwah serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada komuniti muallaf.
“MEMARTABATKAN MUALLAF” ![]()

