KUNJUNG HORMAT OLEH YAYASAN MYGUIDE MALAYSIA

Alhamdulillah, telah berlangsung Kunjung Hormat oleh Yayasan MyGuide Malaysia pada 9 September 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Yayasan Kebajikan & Pendidikan Muallaf (YAMU).

Kunjungan ini menjadi satu platform untuk mengeratkan silaturahim, bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman berkaitan usaha dan inisiatif dalam pembangunan serta kebajikan komuniti muallaf.

Semoga pertemuan ini membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada komuniti muallaf secara menyeluruh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Yayasan MyGuide Malaysia atas kesudian mengadakan kunjung hormat ini.

“MEMARTABATKAN MUALLAF”

Scroll to Top