MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT BANDARAYA KUANTAN 1448H / 2026 MASIHI

Pada 11 Julai 2026 yang lalu, Yayasan Kebajikan & Pendidikan Muallaf Negeri Pahang (YAMU) telah menyertai Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Bandaraya Kuantan 1448H / 2026 Masihi yang menghimpunkan komuniti muallaf serta masyarakat bukan Islam daripada kaum Cina dan India dalam suasana penuh harmoni dan ukhuwah.

Majlis ini diisi dengan ceramah khas berkaitan pengalaman sebagai seorang muallaf, di samping sesi praktikal ibadah solat bagi memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas mengenai asas-asas Islam kepada para peserta.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi memeriahkan sambutan, antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, demonstrasi penyediaan dodol, nasi manis dan bubur asyura, serta booth pameran daripada pelbagai agensi yang menyediakan maklumat dan perkhidmatan kepada para pengunjung.

Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Masjid Tengku Ampuan Afzan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pahang, Kelab Klinik Guaman Syarie UNIQSAAS, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Indera Mahkota Jaya, Pertubuhan Dakwah Kebajikan India Muallaf, dan Rayhar Travels, dengan kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.

Semoga penganjuran program ini dapat terus menjadi platform yang memperkukuhkan ukhuwah, menyebarkan kefahaman Islam secara berhikmah serta memupuk semangat perpaduan dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Memartabatkan Muallaf”

Scroll to Top