Pada 10 Julai 2026 yang lalu, telah berlangsung Program Ziarah Mahabbah & Agihan Bantuan Muallaf Rompin, anjuran bersama Yayasan Kebajikan & Pendidikan Muallaf (YAMU) dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Rompin bertempat di Pejabat MUIP Cawangan Rompin.
Program ini diadakan sebagai usaha menyantuni para muallaf melalui sesi perkongsian dan pendedahan berkaitan asas kehidupan sebagai seorang Muslim. Di samping itu, bantuan turut disampaikan bagi meringankan beban serta memenuhi keperluan para muallaf.
Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, memperkukuhkan jaringan kerjasama serta memastikan kebajikan dan pembangunan komuniti muallaf terus diberi perhatian secara berterusan.
Semoga usaha murni hasil kerjasama YAMU dan MUIP Cawangan Rompin ini dapat memberi manfaat kepada para muallaf serta memperkukuhkan kebajikan, pembangunan insan dan penghayatan Islam dalam kalangan komuniti muallaf di Negeri Pahang.
“Memartabatkan Muallaf”

