Yayasan Kebajikan & Pendidikan Muallaf Negeri Pahang (YAMU), telah mengadakan sesi perbincangan bersama Tok 4 Bukit Setongkol, En. Sofian.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada beberapa perkara penting khususnya aspek pendidikan muallaf dan anak-anak muallaf serta kerjasama strategik bagi penganjuran program-program akan datang.
Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama antara semua pihak serta menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti muallaf di Negeri Pahang.
“Memartabatkan Muallaf”

