PROGRAM WALIMATUL URUS DAN NIKAH PERDANA SAUDARA ORANG ASLI

Pada 4 Julai 2026 yang lalu, telah dijalankan Program Walimatul Urus dan Nikah Perdana Saudara Orang Asli yang berlangsung di D’Lamar Dia, Kuantan.

Program anjuran Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ini diadakan sebagai usaha meraikan pasangan pengantin dalam kalangan saudara Orang Asli serta memartabatkan institusi perkahwinan menurut syariat Islam. Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, menyemai nilai kekeluargaan dan memperkukuhkan ukhuwah dalam komuniti.

Semoga pasangan yang diraikan dikurniakan rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah serta terus istiqamah dalam membina keluarga Muslim yang diberkati Allah SWT.

“Memartabatkan Muallaf” 💚

Scroll to Top