PROGRAM MENGIRINGI PELAJAR KE INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP) KELANTAN SIRI 2 TAHUN 2026

Pada 9 hingga 12 Julai 2026, telah berlangsung Program Mengiringi Pelajar ke Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP), Kelantan Siri 2 Tahun 2026 bagi membantu melancarkan urusan kemasukan pelajar yang akan memulakan pengajian.

Sepanjang program, pelbagai persiapan telah dilaksanakan termasuk pengurusan borang-borang kemasukan IDIP, pembelian barangan keperluan pelajar, sesi taklimat sebagai persediaan sebelum berangkat, serta pengurusan pendaftaran pelajar di IDIP pada hari pendaftaran.

Program ini diharapkan dapat memberi semangat dan keyakinan kepada para pelajar untuk memulakan perjalanan menuntut ilmu dalam suasana yang lebih teratur dan kondusif. Semoga segala urusan dipermudahkan serta para pelajar dikurniakan kejayaan dalam menimba ilmu dan menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia serta mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

“Memartabatkan Muallaf”

Scroll to Top