ZIARAH MUALLAF & NON-MUSLIM CINA DAN INDIA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT BANDARAYA KUANTAN

Pada 8 Julai 2026 yang lalu, telah berlangsungnya Program Ziarah Muallaf & Non-Muslim Cina dan India sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Bandaraya Kuantan.

Program ziarah ini bertujuan menyantuni komuniti muallaf serta masyarakat bukan Islam melalui kunjungan mesra ke kediaman mereka. Dalam lawatan tersebut, sedikit sumbangan telah disampaikan sebagai tanda keprihatinan di samping menyampaikan jemputan kepada mereka untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Bandaraya Kuantan yang akan berlangsung pada 11 Julai 2026 (Sabtu).

Semoga usaha ziarah ini dapat mengeratkan silaturahim, menyemai semangat saling menghormati serta menjadi medium dakwah yang berhikmah dalam membina hubungan harmoni antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Memartabatkan Muallaf”

Scroll to Top